
~Dongeng Tentang CINTA~
Dalam dongeng manusia, dikisahkan tentang wujudnya sebuah pulau yang dihuni oleh semua jenis perasaan termasuklah bahagia, duka, hikmah dan cinta. Pada suatu hari, sampailah satu berita yang menggemparkan semua perasaan, iaitu pulau yang mereka duduki akan tenggelam.
Maka bergegaslah mereka menyiapkan sampan untuk menyelamatkan diri masing-masing kecuali cinta. Khabar yang disangka cerita kosong, benar-benar berlaku. Hujan lebat selama beberapa hari tanpa henti menyebabkan paras lautan semakin tinggi sehingga menenggelamkan pulau-pulau disekitar.
Pulau itu tidak terkecuali, mujurlah mereka dapat meninggalkan tempat itu dengan sampan masing-masing. Hanya cinta sahaja tetap setia di pulau itu. Dia terus bertahan sehinggalah ke saat akhir. Pulau itu mulai tenggelam sedikit demi sedikit, cinta tidak terdaya lalu memohon bantuan. Ketika itulah kekayaan dengan sampannya yang agak mewah melalui pulau yang semakin ditenggelami lautan itu, cinta bercadang memohon pertolongan kekayaan..
"kekayaan, bolehkah kau bawa aku bersama dengan sampan mewahmu itu?"
"tidak! Terlalu banyak emas dan perak dalam sampanku ini, tiada tempat untukmu.."
Lalu kekayaan meninggalkan cinta keseorangan.. Kemudian cinta meminta bantuan si takbur, sampannya yang cantik berada tidak jauh darinya,
"'takbur, bantulah aku. Aku hampir tenggelam.."
sedih dan sayu bunyinya..
"Ah, aku tidak boleh menolongmu, nanti basah dan rosak sampanku!"
jawabnya bengis tanpa sedikit pun rasa simpati..
Duka pula baru sahaja meninggalkan pulau itu, segera cinta merayu supaya dibantu..
"wahai duka, izinkan aku pergi bersamamu.."
pintanya dengan penuh harapan..
"Oh cinta, aku terlalu sedih, biarkan aku seorang diri.."
balasnya sendiri..
Malah si bahagia turut melihat keadaan cinta keseorangan di pulau itu, tetapi dia sangat gembira kerana berada jauh daripadanya.
Tidak lama kemudian, dalam keadaan keseorangan, kedengaran satu suara,
"mari wahai cinta, Aku akan bawamu bersamaku.."
suara yang agak berumur memanggilnya. Tidak tergambar kesyukuran cinta apabila melihat ada orang yang sudi membantunya. Terlupa pula bertanya ke mana hala tujunya sehinggalah mereka sampai ke daratan berhampiran. Menyedari dia tidak mengenali org tua yang membantunya, cinta segera menemui si hikmah, lalu bertanyalah dia,
"hikmah, siapakah yang membantuku keluar dari pulau itu??"
"dialah masa"
balas si hikmah..
"masa??"
terkejut cinta dengan jawapan hikmah.. Dia terus bertanya lagi,
"mengapa masa sudi membantuku?"
Hikmah dengan iringan senyuman menjawab kembali,
"kerana hanya perjalanan masa yang mampu memahami betapa nilainya CINTA"
=)
No comments:
Post a Comment